by bint_bakri87
6.24 a.m.
Kita sering mendengar suara-suara yang menyatakan ungkapan sebegini. Namun, sejauh mana relevannya kata-kata ini ditujukan buat golongan yang masih lagi menuntut mahupun sudah bergelar graduan dari bumi Anbiya’ ini. Adakah kata-kata mereka ini berasas? Kita sebagai golongan yang terlibat dan menerima tohmahan sebegini sudah pasti berasa panas telinga walaupun jika diteliti mungkin ada kebenaran di sebalik kata-kata ini dan tidak boleh dipandang enteng. Maka, atas kesedaran ini, mari kita teliti semula punca atau penyebab kita dilemparkan dengan kenyataan sebegini sekaligus membuktikan sama ada benar atau tidak kata-kata ini. Oleh itu, disini dikemukan penelitian berdasarkan Analisis SWOTS, selalunya yang biasa kita baca atau dengar ialah SWOT, di sini saya tambah satu lagi , maka jadilah SWOTS.
S = Strenght ( Kekuatan )
- Mempunyai kebolehan ataupun kemahiran bertutur dalam bahasa Arab.
- Mempunyai daya ketahanan mental dan fizikal yang agak tinggi kerana suasana kehidupan di sekeliling masyarakat Arab yang agak kasar.
- Sudah semestinya memahami ilmu agama dengan agak mendalam.
- Berada dalam persekitaran yang baik atau Bi’ah Solehah.
W = Weakness ( Kelemahan )
- Kurang mahir dalam ilmu-ilmu kemahiran insan ( soft skills ), contohnya, kemahiran public speaking, kemahiran berorganisasi, kemahiran mengurus masa.
- Tidak mahu menonjolkan diri.
- Selalu bersikap pasif dan tidak pro-aktif.
- Kadang- kala berfikiran ortodoks. ( menyempitkan skop pemikiran ).
- Susah menyesuaikan diri dengan suasana sekeliling.
- Kurang mahir atau agak mundur tentang kemahiran IT.
- Sering membahaskan tentang masalah-masalah tidak mengikut prioriti atau dengan kata lain, lebih memfokuskan kepada masalah khilafiah dan meninggalkan masalah-masalah ummah yang lebih besar.
- Lemah dalam bahasa Inggeris sama ada untuk bertutur ataupun menulis.
- Tidak mengetahui etika dan protokol majlis-majlis rasmi.
- Tidak mengetahui ataupun tidak mengendahkan etika berurusan di pejabat-pejabat kerajaan.
O = Oppurtunity ( Peluang )
- Dapat menimba ilmu agama sebanyak-banyaknya dengan peluang menuntut ilmu di bumi Anbiya’.
- Tidak mustahil menjadi seorang yang berkaliber dan berkarisma serta serba boleh dengan melengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran kontemporari.
- Dipandang mulia oleh masyarakat.
- Mudah mendapat kepercayaan masyarakat.
T = Threat ( Cabaran )
- Masyarakat mengharapkan sumbangan dari golongan jurusan agama khususnya dari Timur Tengah untuk menjadi sumber rujukan mengenai masalah-masalah agama.
- Pandangan masyarakat yang tinggi terhadap golongan ini akan musnah sekiranya kita semua tidak berkeperibadian atau tidak berpengetahuan agama sebagai mana yang mereka harapkan .
- Sukar untuk menempatkan diri dalam pasaran kerjaya kerana perlu bersaing dengan pelajar-pelajar dari universiti tempatan yang boleh dikira hampir setaraf dengan pelajar lulusan dari Timur Tengah.
S = Solve ( Penyelesaian )
- Lengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan sama ada ditimba dari pelajaran di dalam dewan kuliah ataupun dari kelas-kelas bukan wajib.
- Tingkatkan soft skills sebagai nilai tambah yang perlu ada bagi setiap yang bergelar mahasiswa atau graduan.
- Baikpulih kemahiran bahasa Inggeris.
- Belajar menepati masa kerana masa itu ibarat pedang, kalau kita tidak memotongnya, maka pedang itu akan memotong kita. (petikan kata-kata arab).
- Cuba menjadi seorang yang lebih versatile, up to date, easy-going dan berfikir di luar kotak.
Dengan apa yang dinukilkan disini, marilah kita semak kembali sama ada wajar kata-kata ini ditujukan kepada kita seterusnya bersama-sama kita muhasabah kembali dan membuat anjakan paradigma dalam diri kita semua untuk menghadapi mehnah dan tribulasi dalam zaman globalisasi yang semakin mencabar . Semoga kita mampu menjadi agen perubah dan membawa bukan sahaja arus malah gelombang perubahan dalam masyarakat Malaysia. Ayuh kawan-kawanku, bangkitlah dari lena yang panjang kerana masalah ummat tidak menunggu kita matang!
No comments:
Post a Comment