Friday 1 January 2010

Aku adalah manusia biasa..

by bint_bakri87
2.07 a.m.


Aku adalah manusia biasa,
Yang bisa mewarnai dunia dengan seribu warna,
Kerna ku punya fikiran anugerah Yang Maha Esa.

Aku adalah manusia biasa,
Yang bisa merubah duka menjadi suka,
Kerna ku punya nurani pinjaman dari Pemilik Semesta.

Aku adalah manusia biasa,
Yang bisa menakluk dunia,
Kerna ku punya akal kurniaan Yang Maha Mencipta,
Yang menjadi beza antara aku dan sang raja rimba.

Aku adalah manusia biasa,
Yang lemah lagi tidak berdaya,
Yang selalu khilaf dan berbuat dosa,
Yang dijadikan dari tanah yang hina,
Membedakan kejadianku dengan syaitan penghuni neraka,
Yang akan kekal di dalamnya selamanya.

Namun,
Ku harus bersyukur dengan segala yang ada,
Kerna tuhan Yang Maha Agung lagi Maha Bijaksana,
Memuliakan manusia sebagai Khalifah di muka bumiNYA.

Maka,
Tunaikanlah kewajipan dengan sebaiknya,
Agar kelak nanti tidak dibakar diseksa
bersama makhluk ciptaan dari api yang menyala.

Tuesday 24 November 2009

Money Laundring..apa tu???

by bint_bakri87
2.00 a.m



tiitt..tiitt..ada sms masuk kedalam inbox handphone sy..bila saya buka tertera sms dari nombor yang xdikenali: "tahniah,simkad anda telah memenangi cabutan RM17 000 dari Sykt. PowerRoot SDN.BHD. Sila hubungi pejabat PowerRoot 013-xxxxxxx"

saya dengan perasaan terkejut pon cuba la kontek nombor tu, mana la tau kan kalau rezeki dapat RM 17 000 boleh kahwin terus..haha..gurau je.. bila saya telefon dan minta pengesahan, pihak yang saya hubungi tu mengesahkan memang betul nombor saya dapat cabutan tu,cabutan dari simkad celcom,maxis dan digi.Selain saya, ada juga hadiah RM 10 000, RM5000. Kiranya saya ni menang besar la.huhu..tapi duit tu hanya akan dimasukkan dalam akaun bank. Kakak ipar, kak Syida keje kat bank Islam bagitau saya jangan bagi no akaun dan dia suruh saya tanya kalau syarikat tu boleh bayar melalui cek. Tapi orang yg jawab tu cakap syarikat cume akan bayar melalui akaun. Saya pun bagitau dia yang saya akan hubungi dia semula nanti.

Agak-agaknya apa saya nak buat kalau dapat RM 17 000 tu yek..best wooo.. huhu.. sebagai langkah berhati-hati,saya dan kak syida search no tel sebenar PowerRoot. Memandangkan hari tu hari ahad,saya tunggu esok la untuk dapatkan kepastian.

Jeng..jeng..jeng..hari isnin dah ni..saya pon telefon no tel yang sy cari ngan kak syida tu..trutt..trutt..sy pon pilih opsyen untuk bercakap dengan perkhidmatan pelanggan..bila saya tanya,operator tu cakap cabutan tu tak ada dan kalau ada dapat sms tu memang tipu je la.Saya pon rasa lega sebab saya tak bagi no akaun yang saya memang dah nak bagi mula-mulanya. Lurus jugak rupanya saya ni..huhu..

Lepas telefon Syarikat PowerRoot yang betul-betul ni baru saya terfikir..mesti orang ni nak buat money laundring atau cuci duit..apa tu? masukkan duit dalam mesin basuh ke?huhu..

Ok, money laundring ni sebenarnya, orang nak tumpang akaun bank kita untuk depositkan sejumlah duit dari sumber yang tak sah contohnya hasil rasuah atau penjualan dadah untuk elakkan dia dari disoal-siasat dan selamatkan diri dia dari tuduhan. Selalunya yang jadi mangsa money laundring ni suri rumah dan pelajar..

So,moral of the story, hati-hati la dan jangan mudah tertipu dengan apa-apa yang menggunakan modus operandi macam ni..Jangan percaya sangat kalau tiba-tiba orang nak bagi kita duit banyak, menang cabutan la,sebab kebanyakannya sekarang ni banyak yang tipu je..apa-apa pun siasat dulu ye kalau nak hidup kite selamat..no pain no gain...sekian saja bebelan untuk kali ini..zassss..

Wednesday 4 November 2009

Kenangan Terindah...

Adui..rasanya lama sungguh jari ni tak menari-nari atas keyboard laptop untuk mencorat-coret kat sini sampai blog ni dapat anugerah ‘BLOG BERSAWANG’ .Terima kasih ye cik santun atas anugerah ni..hehe..
Sebut tentang anugerah, sebenarnya ni la topik utama yang nak dicoretkan disini. Actually, pada 31 Oktober baru-baru ni, saya terlibat dalam Majlis Konvokesyen Ke-9 Kolej Antarabangsa IKIP yang diadakan di Kompleks Yayasan Pahang. Walaupun menamatkan pengajian di Universiti Yarmouk, Jordan, namun Kolej IKIP tetap member penghargaan kepada graduan sulung dari program berkembar 2+2 hasil usahasama Kolej Antarabangsa IKIP dan Universiti Yarmouk untuk memeriahkan lagi majlis ini. Terima kasih yang tidak terhingga buat Kolej IKIP tidak lupa juga buat pihak penaja iaitu Yayasan Pahang.
Pada tahun ni, seramai lebih kurang 300 orang yang menyertai majlis konvokesyen daripada jumlah pelajar yang bergraduat iaitu hampir mencecah 800 orang. Jumlah ni termasuk pelajar Sarjana(M.A), Sarjana Muda (B.A), Diploma dan juga sijil dari Sijil Kemahiran Malaysia.
Apa yang bestnya , kemuncak majlis ni ialah penyampaian Anugerah Yayasan Pahang kepada 7 orang pelajar yang cemerlang dari 7 sekolah pengajian berbeza dan Anugerah Menteri Besar yang dipilih dari salah seorang penerima Anugerah Yayasan Pahang. Penerima Anugerah Yayasan Pahang menerima wang tunai sebanyak RM2000, Broadband Device langganan percuma selama setahun bernilai RM1115 tajaan Celcom, jam tangan, plak dan sijil. Manakala bagi Anugerah Menteri Besar, penerima menerima wang tunai sebanyak RM5000, Kamus Elektronik, plak dan sijil.
But the best part is, penerima anugerah Yayasan Pahang dari Universiti Yarmouk dimasukkan sebagai penerima anugerah pada saat-saat akhir. Agak-agaknya boleh teka kan siapa yang dapat tu..bak kata Nabil..lu pikir la sendiri..hehe..
So, nak la sampaikan ucapan macam artis-artis buat ucapan lepas dapat award tu kan..hehe.. terima kasih kepada ibu dan abah yang banyak memeberi dorongandan semangat, Yayasan Pahang selaku penaja, Kolej IKIP, pensyarah-pensyarah ICIS di Kampus Taman Pertanian, kawan-kawan seangkatan dan semua yang banyak membantu dan memberi sokongan .( tak dapat buat ucapan atas pentas bagi kat sini je la..hehe )
Yang lagi bestnya, lepas majlis tamat, penerima anugerah ditemuramah oleh wartawan media, wartawan ni sempat jugak tanya soalan cepumas..(apa soalannya tu rahsia la ye..hehe). Esoknya ada la berita keluar kat suratkhabar walaupun tak la besar sangat,janji ada jugak keluar kan..hehe..
Ada lagi yang best ni ( provoke nak suruh baca lagi..hehe), pada hari isnin bersamaan 2 november 2009, 3orang dari penerima anugerah dijemput menghadiri temuramah dai RTM Pahang,turut serta En.Airulamri bin Amran selaku Naib Presiden Akademik Kolej IKIP. Penerima anugerah yang dijemput ialah Sarala a/p Manohran iaitu penerima anugerah Yayasan Pahang dan Menteri Besar, Azizul bin Mohd. Saidi penerima Anugerah Yayasan Pahang bagi kategori sijil dan Khairunnisa binti Bakri (siapa la ni yek..hehe) juga penerima anugerah Yayasan Pahang. Tapi masa dah masuk dalam konti, Azizul bagitahu dia tak dapat datang sebab dia kena buat kek untuk majlis kahwin. Temuramah ni berlangsung selama setengah jam dari pukul 8.30-9.00 pagi dan disiarkan secara live kat Pahangfm.
Inilah cerita yang nak dikongsikan bersama pembaca, mungkin boleh dijadikan pembakar semangat atau sekadar berkongsi pengalaman manis yang mungkin akan dikenang dalam lipatan sejarah hidup.
Apa-apa pun, semuanya kurniaan dari Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang syukur Alhamdulillah..Kita sebagai manusia hanya berusaha yang terbaik . Bak kata pepatah arab “ من جد وجد, من زرع حصد " .

Friday 29 May 2009

Selamat Ulang Tahun yang ke 48 buat Ibu yang Tercinta...

by bint_bakri87
11.19 p.m.

28 Mei adalah ulang tahun kelahiran ibu..selamat ulang tahun Ibu..Semoga Allah panjangkan umur Ibu..Ibu..Terima kasih atas segala jasa yang tak mungkin mampu ku balas..Rindu Ibu sangat-sangat..L0ve you Ibu very much..Tunggu kepulangan Kak chik 26 hb 7..Insyaallah..rindu sangat-sangat nak peluk cium Ibu n Abah..Doakan kejayaan Kak Chik..tinggal 1 madah je lagi ni..











ni lagu khas untuk ibu..




Saturday 23 May 2009

Hukum "Main Kutu"..

by bint_bakri87
1.05 a.m.

Kita semua memang dah sedia maklum dengan istilah 'main kutu' ni. Bukannya kutu yang serangga tu,tapi istilah ni digunakan bagi satu kumpulan yang mengumpulkan sejumlah duit pada setiap bulan dan setiap orang akan dapat duit yang dikumpul ikut giliran masing-masing. Saya pun tak pasti kenapa istilah main kutu yang digunakan, mungkin ada sejarah disebalik nama ni. Kalau ada sesiapa yang rajin, bolehlah cari. Apa agaknya hukum main kutu ni ye?

Untuk mengetahui hukum main kutu ni, mula-mula kita kena kaji modus operandi main kutu ni dulu. Modus Operandi Main Kutu ni adalah seperti berikut :
  • satu kumpulan dibentuk dengan bilangan ahli yang dipersetujui contohnya 6 orang
  • setiap orang dikehendaki membayar sejumlah wang contohnya RM 30 setiap bulan
  • tempoh matang ditentukan dan dipersetujui oleh semua ahli contohnya setahun.
  • setiap ahli kumpulan akan memperolehi bahagian masing-masing yang ditentukan secara undian.
Sekarang ni, kita tengok contoh :
  • Main Kutu dimulakan pada Januari 2009.
  • Duit dikumpulkan dari setiap ahli : RM30 x 6 = RM 180
  • Sebagai contoh, A mendapat giliran pertama, maka dia akan mendapat RM 180 pada bulan Januari dan ahli-ahli yang lain akan memperolehi duit masing-masing mengikut giliran.
Persoalannya di sini, adakah transaksi seperti ini melibatkan riba?

Jawapannya, dalam Main Kutu ini tidak berlaku Riba kerana perbuatan seperti Main Kutu ini boleh dianalogikan sebagai Pinjaman.

Seperti mana yang kita ketahui, antara garis panduan dalam Pinjaman yang telah ditetapkan dalam Islam, bayaran semula pinjaman mestilah tidak melibatkan pembayaran semula dengan nilai yang lebih banyak dari kadar pinjaman.

Jadi ,Main Kutu tidak melibatkan sebarang lebihan pembayaran kerana semua ahli perlu membayar semula wang yang diperolehi dengan kadar yang sama. Maka, tidak berlaku Riba dalam Main Kutu. Menurut Kaedah Feqh, "Asal pada sesuatu adalah Harus, kecuali datang hukum yang mengharamkannya".

Ini sekadar pendapat dari diri yang mempunyai kekurangan dari sudut ilmu. Sekadar lontaran idea untuk semua pembaca membuka minda tentang urusan kewangan yang kita lakukan seharian. Jika ada sebarang pendapat bolehlah komen ye.. :)

Sunday 22 March 2009

The Sayings of Prophet Muhammad P.B.U.H about Business Transactions…

by bint_bakri87

1.00 a.m.


1. قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (( إن الله إذا حرم شيئاً حرم ثمنه )) ( رواه أحمد و أبو داود )

Prophet Muhammad P.B.U.H said, “ If Allah prohibits something, He prohibits its price.” ( Ahmad and Abu Dawud ) .

2. قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (( من احتكر الطعام أربعين ليلة فقد برئ الله منه )) ( رواه أحمد )

Prophet Muhammad P.B.U.H said, “If one monopolizes foods for fourty days, Allah is strongly displeased with him.” ( Ahmad ) .

3. قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (( لا يحتكر الطعام إلا خاطىء )) ( رواه مسلم )

Prophet Muhammad P.B.U.H said, “The monopolize cannot be but a sinner.” ( Muslim ) .

4. قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (( بئس العبد المحتكر، إن سمع برخص ساءه، وإن سمع بغلاء فرح ))( رواه رزين )

Prophet Muhammad P.B.U.H said, “How bad the monopolize is : he is displeased with low prices and pleased with high prices !” ( Razeen ) .



5. قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (( الجالب مرزوق والمحتكر ملعون )) ( رواه ابن ماجه )

Prophet Muhammad P.B.U.H said, “The merchant who sells at low price is prosperous and the monopolize is cursed.” ( Ibn Majah ) .



6. قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (( إذا استنصح أحدكم أخاه فلينصح له )) ( رواه أحمد )

Prophet Muhammad P.B.U.H said, “If one seeks your advice, advise him honestly and sincerely.”

( Ahmad ) .

7. قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (( المسلمون عند شروطهم )) ( رواه أحمد و أبو داود )

Prophet Muhammad P.B.U.H said, “Muslims must fulfill their conditions.”

( Ahmad and Abu Dawud ) .



8. قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (( البيِّعان بالخيار ما لم يتفرقا، فإن صدقا وبيَّنا بورك لهما في بيعهما، وإن كذبا وكتما محقت بركة بيعهما )) ( رواه البخاري )

Prophet Muhammad P.B.U.H said, “The Buyer and the seller have their choice (of buying or not ) until they separate. If they tell truth (about any defects in the article), their sale is blessed by Allah. If they lie and conceal facts, their sell will not be blessed by Allah.” ( Bukhari ) .



9. قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (( لا يحل لأحد يبيع بيعاً إلا بيَّن ما فيه، ولا يحل لمن يعلم ذلك إلا بيَّنه ))

( رواه الحاكم والبيهقي )

Prophet Muhammad P.B.U.H said, “If one sells something, he must clarify its defects. And if anyone knows these defects, he must mention them. ( Hakim and Baihaqi ) .



10. مرّ الرسول محمد صلى الله عليه وسلم برجل يبيع حبوباً فأعجبه، فأدخل يده فيه فرأى بلالاً، فقال : (( ما هذا يا صاحب الطعام؟ )) فقال : (( أصابته السماء )) فقال الرسول : (( فهلا جعلته فوق الطعام حتى يراه الناس، من غشنا فليس منا ))

( رواه مسلم )

Prophet Muhammad P.B.U.H passed by a man selling grain, which he admired. He put his hand into it and found it wet. So he said, “ What is this, O owner of the grain?” The man replied, “ It has been wet with rain.” “ The Prophet said, “ Why have you not placed it on the surface so that people may see the truth about it? He who deceives us is not one of us.” ( Muslim ) .



11. مرّ الرسول محمد صلى الله عليه وسلم بطعام حسن ، فوضع يده فإذا هو رديء، فقال الرسول : (( بع هذا على حدة، وهذا على حدة، من غشنا فليس منا ))

( رواه أحمد )

Prophet Muhammad P.B.U.H passed by seemingly good food. He put his hand into it and to his surprise he found a bad-quality food. The Prophet said, “ Sell this aside and this aside. He who deceives us is not one of us.” ( Ahmad ) .

12. قال رسول الله صلى الله عليه وسلم محذرا من كثرة الحلف في البيع : (( الحلف منفعة للسلعة ممحقة للبركة ))

( رواه البخاري )

Prophet Muhammad P.B.U.H said, warning against too much swearing while selling goods, “ Swearing may increases sale, but discreases the blessings ( of Allah ).” ( Bukhari ) .



13. قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (( من اشترى سرقة وهو يعلم أنها سرقة فقد اشترك في اثمها وعارها ))

( رواه البيهقي )

Prophet Muhammad P.B.U.H said, “He who purchases a stolen article although he knows that it is a stolen has taken part in it sin and shame.” ( Baihaqi ) .



14. قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (( إذا ظهر الربا والزنى في قرية فقد أحلوا بأنفسهم عذاب الله )) ( رواه الحاكم )

Prophet Muhammad P.B.U.H said, “ If Usury and adultery prevail in a village, its people have invited God’s torture.” ( Hakim ) .



15. قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (( حرمة مال الإنسان كحرمة دمه )) ( أخرجه أبو نعيم في الحلية )

Prophet Muhammad P.B.U.H said, “A man’s property is sacred as his blood.” ( Abu Nu’aym ) .



16. قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (( لعن الله آكل الربا ومؤكله وشاهديه وكاتبه ) ( رواه أحمد والترمذي )

Prophet Muhammad P.B.U.H said, “God curses the receiver of usury, the giver of usury, the two witnesses , and the writer ( of the usury contract ).” ( Ahmad and Tirmithi ) .



17. قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (( اللهم إني أعوذبك من غلبة الدين وقهر الرجال )) ( رواه أبو داود )

Prophet Muhammad P.B.U.H said, “O Allah, I seek refuge with you from the burden of debt and the subdual of men.” ( Abu Dawud ) .

18. قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (( اللهم إني أعوذبك من الكفر والدين )) فقال الرجل : (( أتعدل الكفر بالدين يا رسوا الله ؟ )) قال : (( نعم )) ( رواه النسائى )

Prophet Muhammad P.B.U.H said, “O Allah, I seek shelter with you from disbelief and debt. “ A man asked, “ Do you make disbelief equal to debt, O Mesengger of Allah ?” The Prophet answered, “ Yes.” ( Nasa’i ).



19. قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (( اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم )) فقيل : (( إنك تستعيذ من المغرم كثيرا يا رسول الله )) فقال : (( إن الرجل غذا غرم حدث فكذب ووعد فأخلف )) ( رواه البخاري )

Prophet Muhammad P.B.U.H said, “O Allah, I seek refuge with you from sin and debt.” It was said to him, “ O Mesengger of Allah, you seek refuge with Allah from debt repeatedly.” He said, “ A man in debts talks but tell lies and promises but break s his promise.” ( Bukhari ) .


20. قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (( يغفر للشهيد كل الشيء إلا في الدين )) ( رواه مسلم )

Prophet Muhammad P.B.U.H said, “ The martyr is forgiven everything excepts debts.”

( Muslim ) .




21. قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (( من أدان اموال الناس يريد أداءها ادى الله عنه، ومن أخذها يريد إتلافها أتلفه الله))

( رواه البخاري )

Prophet Muhammad P.B.U.H said, “He who borrows other people’s money intending to pay back is helped by Allah to pay back, but who borrows it intending to ruin it will be ruined by Allah.” ( Bukhari ) .



22. قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (( من أسلف فليسلف في كيل معلوم ووزن معلوم إلى أجل معلوم )) ( رواه الجماعة )

Prophet Muhammad P.B.U.H said, “He who pays in advance ( for a purchased commodity ) should in advance specify its measure or weight and time ( of delivery ).” ( The Group ).



23. قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (( يد الله على الشريكين ما لم يخن أحدهما صاحبه، فإن خان أحدهما صاحبه رفعها عنهما ) ( رواه الدارقطني )

Prophet Muhammad P.B.U.H said, “Allah blesses the two partners until one betrays his companion. If one does, Allah does not bless their partnership.” ( Daraqutniyy) .

24. قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (( أنا أولى بالمؤمنين من نفسه، من ترك مالا فلورثته، من ترك ديناً أو ضياعاً فإليّ وعليّ )) ( رواه مسلم )

Prophet Muhammad P.B.U.H said, “I am more caring for every muslim than he for himself, if one leaves money ( after the death ), it goes to his heirs, if one leaves debts or dependants, I take care of them .” ( Muslim ).



25. قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (( من كانت له أرض فليزرعها أو ليمنحها أخاه )) ( رواه مسلم )

Prophet Muhammad P.B.U.H said, “ He who owns ( a piece of ) land should cultivate it or grant it to his brother .” (Muslim ).



26. قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (( ما تصنعون بمحاقلكم؟ )) قالوا : (( نؤجرها على الربع وعلى الأوساق من التمر والشعير )) قال : (( لا تفعلوا )) ( رواه البخاري )

Prophet Muhammad P.B.U.H asked some land-owners , “ What do you do with your farms ?” They answered, “ We let them for the fourth ( of harvest ) and specified measures of dates and barley.” He said, “ Do not do so .” ( Bukhari ).

26. نهى الرسول محمد صلى الله عليه وسلم عن بيع الثمار في الحقول والحدائق قبل أن يبدو صلاحها ويعرف أنها سالمة من الأمراض والآفات. وقال : (( أرأيتم إذا منع الله الثمرة ؟ بم يستحل أحدكم مال أخيه ؟ " ( رواه البخاري )

Prophet Muhammad P.B.U.H disallowed selling the harvest of fields or orchards before its goodness is clearly seen and before it is known that it is safe from diseases. He said, “ What if the harvest is damaged ? How can one of you take his brother’s money unlawfully ? !”

( Bukhari ).

Thursday 12 March 2009

Mahasiswa Jurusan Agama dari Timur Tengah tidak Berkualiti?

by bint_bakri87

6.24 a.m.

Kita sering mendengar suara-suara yang menyatakan ungkapan sebegini. Namun, sejauh mana relevannya kata-kata ini ditujukan buat golongan yang masih lagi menuntut mahupun sudah bergelar graduan dari bumi Anbiya’ ini. Adakah kata-kata mereka ini berasas? Kita sebagai golongan yang terlibat dan menerima tohmahan sebegini sudah pasti berasa panas telinga walaupun jika diteliti mungkin ada kebenaran di sebalik kata-kata ini dan tidak boleh dipandang enteng. Maka, atas kesedaran ini, mari kita teliti semula punca atau penyebab kita dilemparkan dengan kenyataan sebegini sekaligus membuktikan sama ada benar atau tidak kata-kata ini. Oleh itu, disini dikemukan penelitian berdasarkan Analisis SWOTS, selalunya yang biasa kita baca atau dengar ialah SWOT, di sini saya tambah satu lagi , maka jadilah SWOTS.

S = Strenght ( Kekuatan )

  1. Mempunyai kebolehan ataupun kemahiran bertutur dalam bahasa Arab.
  2. Mempunyai daya ketahanan mental dan fizikal yang agak tinggi kerana suasana kehidupan di sekeliling masyarakat Arab yang agak kasar.
  3. Sudah semestinya memahami ilmu agama dengan agak mendalam.
  4. Berada dalam persekitaran yang baik atau Bi’ah Solehah.

W = Weakness ( Kelemahan )

  1. Kurang mahir dalam ilmu-ilmu kemahiran insan ( soft skills ), contohnya, kemahiran public speaking, kemahiran berorganisasi, kemahiran mengurus masa.
  2. Tidak mahu menonjolkan diri.
  3. Selalu bersikap pasif dan tidak pro-aktif.
  4. Kadang- kala berfikiran ortodoks. ( menyempitkan skop pemikiran ).
  5. Susah menyesuaikan diri dengan suasana sekeliling.
  6. Kurang mahir atau agak mundur tentang kemahiran IT.
  7. Sering membahaskan tentang masalah-masalah tidak mengikut prioriti atau dengan kata lain, lebih memfokuskan kepada masalah khilafiah dan meninggalkan masalah-masalah ummah yang lebih besar.
  8. Lemah dalam bahasa Inggeris sama ada untuk bertutur ataupun menulis.
  9. Tidak mengetahui etika dan protokol majlis-majlis rasmi.
  10. Tidak mengetahui ataupun tidak mengendahkan etika berurusan di pejabat-pejabat kerajaan.

O = Oppurtunity ( Peluang )

  1. Dapat menimba ilmu agama sebanyak-banyaknya dengan peluang menuntut ilmu di bumi Anbiya’.
  2. Tidak mustahil menjadi seorang yang berkaliber dan berkarisma serta serba boleh dengan melengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran kontemporari.
  3. Dipandang mulia oleh masyarakat.
  4. Mudah mendapat kepercayaan masyarakat.

T = Threat ( Cabaran )

  1. Masyarakat mengharapkan sumbangan dari golongan jurusan agama khususnya dari Timur Tengah untuk menjadi sumber rujukan mengenai masalah-masalah agama.
  2. Pandangan masyarakat yang tinggi terhadap golongan ini akan musnah sekiranya kita semua tidak berkeperibadian atau tidak berpengetahuan agama sebagai mana yang mereka harapkan .
  3. Sukar untuk menempatkan diri dalam pasaran kerjaya kerana perlu bersaing dengan pelajar-pelajar dari universiti tempatan yang boleh dikira hampir setaraf dengan pelajar lulusan dari Timur Tengah.

S = Solve ( Penyelesaian )

  1. Lengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan sama ada ditimba dari pelajaran di dalam dewan kuliah ataupun dari kelas-kelas bukan wajib.
  2. Tingkatkan soft skills sebagai nilai tambah yang perlu ada bagi setiap yang bergelar mahasiswa atau graduan.
  3. Baikpulih kemahiran bahasa Inggeris.
  4. Belajar menepati masa kerana masa itu ibarat pedang, kalau kita tidak memotongnya, maka pedang itu akan memotong kita. (petikan kata-kata arab).
  5. Cuba menjadi seorang yang lebih versatile, up to date, easy-going dan berfikir di luar kotak.

Dengan apa yang dinukilkan disini, marilah kita semak kembali sama ada wajar kata-kata ini ditujukan kepada kita seterusnya bersama-sama kita muhasabah kembali dan membuat anjakan paradigma dalam diri kita semua untuk menghadapi mehnah dan tribulasi dalam zaman globalisasi yang semakin mencabar . Semoga kita mampu menjadi agen perubah dan membawa bukan sahaja arus malah gelombang perubahan dalam masyarakat Malaysia. Ayuh kawan-kawanku, bangkitlah dari lena yang panjang kerana masalah ummat tidak menunggu kita matang!