Saturday 1 November 2008

Terima Kasih Kawan-kawan…..

by bint_bakri87
10.00 a.m
Kat sini aku nak sampaikan penghargaan dan terima kasih yang tak terhingga pada member-member yang ingat besday aku hari tu. Aku terharu la sebab dorang wat surprise. Mastermind nya Anyss la. Malam tu pulak aku ni tengah study,tiba-tiba datang la si Nad ni nak tengok gambar-gambar family aku..aku pun cerita la kat dia pasal gambar-gambar tu. Tiba-tiba Anyss dengan Wan datang bawak kek dari bilik sebelah, aku pun terkejut campur terharu la, rasa macam nak menangis pun ada, huhuhu..terima kasih ye korang… Lepas bagi kek tu baru la terbongkar rahsia, Nad tadi saje je nak lekakan aku.. Anyss cakap kat aku petang tu dia ada meeting, rupa-rupanya pergi buat kek untuk aku kat rumah Farah. Malam tu Aiman jemput pergi open house, yang aku pelik, Anyss telefon Wan nak tanya kitorang dah keluar ke belum, selalunya Anyss telefon aku kalau ada apa-apa, aku tak sedar yang diorang tengah berkomplot masa tu,aku pun dengan segala ketulusan hati terus telefon Anyss bagitahu dia yang kitorang pergi rumah Aiman dulu, aku ingat meeting dia tak habis lagi, aku cakap Anyss pergi rumah Aiman terus la..rupa-rupanya dia nak hantar kek kat rumah dulu sebelum pergi rumah Aiman. Secara tak sengaja, aku dah tolong lancarkan plan dorang sebab aku sendiri bagitahu yang kitorang dah keluar rumah..hehehe.. Aku langsung tak syak apa-apa. Memang terer la korang punya plan. Sebesar zarah pun aku tak dapat detect korang punya plan,perfect! Huhuhu..whatever,terima kasih banyak kepada yang wish n especially thanks very much pada semua yang bagi hadiah, ada 3 orang yang bagi hadiah, yang bestnya tahun ni aku dapat hadiah 3 teddy bear warna pink dengan 3 size, boleh jadi family pulak..hehehe..kat bawah ni aku tunjuk gambar dia ea..

bear yang paling besar ni junior aku bagi, yang kecik sikit Anyss bagi, yang paling kecik sekali Tasya (junior aku jugak) bagi..cute kan…huhuhu…thanks…







Emmm..ni kali terakhir aku sambut besday kat Jordan ni, tahun depan dah balik Malaysia, insyaAllah… rasanya cukup la sampai sini dulu ea…jumpa lagi nanti..

Macam Mimpi laaaaa….

by bint_bakri87

2.00 a.m

Aku telefon abah tadi. Aku saje cerita pasal kawan-kawan aku yang nak balik Malaysia cuti ni, tiba-tiba abah aku cakap sesuatu yang memeranjatkan jantung, buah pinggang, pankreas dan segala organ dalaman aku. Nak tau kenapa? Abah aku cakap, “cuba la survey tiket, kalau dalam RM2000 je abah nak support.” Uish, ini sudah bagus. Maka aku dengan segala keexcitedan (bahasa dari mana la ni? huhuhu…) aku pun terus mencari tiket walaupun sebenarnya masa tu aku dalam mode final exam summer sem. Ah,tak kira. Apa yang penting pada aku masa tu ialah cuba dengan sedaya upaya untuk dapatkan tiket balik Malaysia..hehehe..

Selepas bersusah payah mencari, akhirnya dengan bantuan kawan aku, aku berjaya lah mendapatkan tiket yang aku idam-idamkan tu.(sesuai ke perkataan ni? hehehe…) Tapi harga tiket tu mahal sebenarnya, JD 700, kalau convert ke RM, lebih kurang RM3500.00..uish..mahal weh..aku pun teringat yang abah aku nak support RM2000.00 je, tapi tak pela, nak balik punya pasal, pandai la aku cari jalan. But the worse part is, aku cakap kat abah aku yang harga tiket RM2000 je sebab kalau cakap harga sebenar, aku yakin, pasti, confident and corfirm yang abah aku tak bagi aku balik..aku terfikir gak,derhaka kah aku dengan apa yang aku lakukan ni? Aku telefon Kak Teh aku sebab aku rapat dengan dia, dia pun nasihatkan aku rahsiakan dulu harga tiket tu. Aku pun ikut nasihat dia.

18 hb Ogos…ni la tarikh yang aku nantikan..hari ni aku nak terbang ke tanah air tercinta, seronok weh…aku keluar rumah pukul 9.30 pagi (kalau tak silap aku la). Kepulangan ku diiringi 12 orang kot kawan- kawan yang lain, wah,macam glamour la pulak! Hehehe… Sebenarnya, yang nak balik Malaysia 3 org je, aku, Nad dan Izzati kitorang saje ajak yang lain-lain sebab nak kurangkan kos transportation. Kitorang tempah coaster ( bas mini la kot), coaster ni boleh angkut 23 orang, so kurang la sikit kos kalau ramai yang ikut, biasala kawan-kawan kan, kena la tolong-menolong, betul tak? However, jutaan penghargaan dan terima kasih buat kawan-kawan yang hantar kitorang kat airport. Jasa korang memang dikenang. Aku rasa aku nak sebut la nama diorang kat sini : Anyss, Wan, Ella(3 orang ni housemates aku) Suhaila, Beah, Bada, Dayah, Zhafirrul, Sopi, Syed, Hassan, Jalal. (aku rasa ni je, kalau ade yang nama dia tak disebutkan, sila angkat tangan ye,huhuhu…)

Hari tu,pukul 1.30 petang, aku pun masuk ke departure hall, nak dekat 2 jam jugak dalam tu, boring gak nak tunggu bila la boleh masuk dalam flight, tak sabar dah ni..huhuhu..pukul 4 petang, flight Gulf Air pon terbang la menuju ke Bahrain. Dari Amman (ibu negara Jordan ), ke Bahrain lebih kurang 2 jam je. Sampai kat Bahrain, jalan-jalan kat Duty Free, tapi tak shopping apa pun sebab Dinar Bahrain mahal, so, window shopping je la..hehehe.. Tiba-tiba tengok kat board,flight lak delayed 2 jam, adusss… transit yang sepatutnya 3 jam jadi 5 jam, boringnyaaaa…tapi nak buat macam mana kan? Kalau kapal terbang ayah kita yang punya senang la kan, ni kapal terbang orang lain, ikut je la..huhuhu…

Lebih kurang pukul 11.00 malam, maka flight Gulf Air pun memulakan perjalanan menuju ke destinasinya iaitu Malaysia negaraku tercinta (ceh, skema lak ayat..kihkihkih..). 8 jam dalam flight, boring betul la..kalau boleh jadi superwoman dah lama aku terbang je balik Malaysia, jimat duit tambang,huhuhu..(mengarut la pulak kan..hehe)

Dipendekkan cerita, lebih kurang pukul 12.30 tengahari waktu Malaysia, aku pun menjejakkan kaki kat KLIA. Seronoknyaaaa!!!! Dah setahun aku merantau ke Jordan, berbunga-bunga rasanya hati ni dapat tengok tanah tumpah darah yang dah setahun aku tinggalkan..(apa yang aku merepek ni..huhu) kepulangan aku disambut oleh mak saudara aku, mak cik fidah, kak teh and abang long. Family aku yang lain ada kat Kelantan,balik rumah nenek aku sebelah abah, esok aku akan meneruskan perjalanan ke Kelantan pulak.fuuhhh..penat…Petang tu lepas asar, mak cik aku ajak jalan-jalan kat MAHA 2008 ( Malaysian Agriculture and Horticulture, lebih kurang macam tu la, aku pon xpasti,hehe ) dekat Serdang. Syok jugak jalan kat situ, aku pergi kat 1 stesyen je (bazaar agrotani). Letih la kalau nak jalan semua tempat, luas sangat.

Malam tu aku dengan kak teh tumpang bermalam kat rumah kawan abang long, Kak Syida sebab rumah Kak Syida dekat sikit nak pergi Hentian Putra. Malam tu jugak abang long belikan durian untuk aku sebab aku mengidam..hehe..Abang long beli 2 biji, sebiji aku habiskan seorang je, dahsyat kan? Huhu..

Esoknya aku bergerak ke Kelantan, sekejap je kat sana, 2 hari 1 malam je kalau tak silap, abah dah 5 hari kat sana. Adik-adik pun nak mula sekolah, so, aku dengan kak teh yang asalnya nak balik dengan bas sebab nak bermanja dengan tok lama sikit, hehe..terpaksa balik dengan abah sebab tiket habis..huhu

Sepanjang kat Malaysia, tak banyak yang aku nak kongsikan. Aku tolong abah kat kafe sepanjang bulan puasa. Abah aku amik tender kafe politeknik. Walaupun tolong abah je, abah bagi gaji beb… dapat jugak aku ongkos nak buat belanja.. hehehe..aku mula kerja pukul 5 petang sampai 11 malam.. macam tu la rutin harian sepanjang bulan ramadhan..

Bila nak dekat raya, maknanya makin dekat la tarikh aku nak balik semula ke Jordan. Tiket aku 2 Oktober 2008. Hari Raya kedua la maknanya. Tak syokla, tapi nak buat macam mana kan, ni pun dah seminggu aku ponteng kuliah..hehehe..aku pon balik la ke Jordan. Aku transit kat Bahrain 18 jam, but the worse part is, transit sikit punya lama tak dapat hotel, haru betul la.. tapi akhirnya aku berjaya jugak sampai kat bumi Jordan yang aku tinggalkan selama sebulan setengah, waaa..rindu rasanya..hehe.. Anyss and Syed datang jemput aku kat airport. Kitorang balik Irbid ( tempat aku ) dengan bas. Terima kasih nyss..terima kasih yang tak terhingga pada Syed sebab tolong angkat bagasi yang berat macam ada batu-bata kat dalam tu, aku rasa berat bagasi tu ringan 2-3 kg je dari berat aku…hehehe…

Aku rasa cukup sampai sini je dulu. Dah panjang ni rasanya, nanti boring pulak nak baca kan. Lepas ni aku nak berjinak-jinak dengan cerpen la, nak gilap bakat dalam bidang penulisan..ok..jumpa lagi…

Sunday 10 August 2008

Adakah Manusia Memerlukan Pujian?

by bint_bakri87

1.15 a.m.


"Pandainya anak ibu lukis ni ,esok lukis cantik-cantik lagi ye sayang…" Ini merupakan contoh pujian yang diberikan oleh seorang ibu kepada anaknya yang baru belajar melukis. Adakah salah perbuatan ibu ini? Jawapannya pastilah TIDAK. Ini kerana pujian si ibu ini merupakan peransang kepada si anak kecil untuk terus cuba melukis dan melukis lukisan yang lebih cantik pada hari yang berikutnya.




Begitulah manusia. Memerlukan pujian untuk mendapatkan semangat dan motivasi bagi memperbaiki apa sahaja yang dilakukannya pada masa yang akan datang. Pujian yang paling ringkas dari seorang majikan kepada pekerja yang baru memulakan kerja walaupun hanya mengatakan " Good try" pasti akan memberikan peransang kepada pekerja untuk mempamerkan hasil kerja yang lebih baik lagi. Bukankah ini membawa keuntungan kepada majikan itu sendiri?




Tetapi, pujian haruslah diberikan kepada yang layak menerimanya. Janganlah memberi pujian yang melampau sehingga menyebabkan si penerima pujian merasa ri'ak dan berada di "zon selesa". Diriwayatkan dalam sebuah hadis bermaksud: “Rasulullah SAW mendengar seorang lelaki memuji lelaki lain dan berlebih-lebih dalam pujiannya, maka Rasulullah berkata: ‘Kamu telah merosakkannya dan telah memotong belakangnya (seolah-olah)’.” ( Riwayat Al-Bukhari, no 2663 ). Imam Al-Khattabi ketika menghurai hadis di atas berkata: “Barang siapa memuji seseorang atas perbuatan baik yang dilakukannya dengan tujuan menggalakkan lagi kerja baiknya dan mendorong orang lain berbuat yang sama sepertinya, ia tidaklah termasuk dalam kategori ‘maddah’ iaitu yang pemuji terkeji.” (Ma’alim as-Sunan)[1]


Walaupun begitu, apa yang dilakukan oleh seseorang individu memerlukan kritikan supaya individu ini dapat membaiki kelemahan dan kesilapan yang dilakukan. Dalam kita mengkritik pula,kita perlu pandai bermain dengan emosi manusia supaya kritikan kita menjadi kritikan membina dan membantu bukan membantutkan usaha seseorang. Jika kita ingin megkritik, kita boleh memulakan kritikan dengan pujian yang sederhana sebelum mengkritik. Sebagai contoh, kita boleh katakan seperti ini, " Bagus tapi saya rasa, awak boleh baiki dan kemaskinikan lagi kertas kerja ini, saya nampak ada sedikit kesalahan di bahagian kewangan. Nah! Bukankah sedap jika kita mendengar kritikan seperti ini. Si pendengar pun tidak akan berasa sakit hati dan menerima kritikan dengan hati yang terbuka.




Teori memberi pujian yang sederhana dan kritikan yang membina sebenarnya boleh diaplikasikan dalam semua aspek kehidupan. Tidak kira suami isteri, ibu bapa dengan anaknya, majikan dan pekerjanya, guru dengan anak muridnya, sesama rakan mahupun siapa sahaja. Percayalah bahawa cara ini akan mendatangkan keharmonian di dalam setiap perhubungan. Jadi, mulalah belajar menghargai usaha orang lain. Selamat mencuba!



[1] http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Sunday/Ekspresi/20080629105132/Article/indexv_html

Saturday 9 August 2008

KISAH RUMPUT DAN ORANG YANG DISAYANGI

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini: Pelajar: Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan? Cikgu: Oh, awak nak tahu ke? Emmm…baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye…mungkin kamu akan dapat apa jawapannya. Pelajar: Baiklah…apa yang saya harus buat? Cikgu: Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas. Pelajar: Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut. Pelajar: Mana rumput yang cikgu suruh petik? Pelajar: Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik. Cikgu: Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

Kisah Semut......

kisah mengenai TAWAKKAL SEEKOR SEMUT KEPADA TUHANNYA....

Diriwayatkan bahawa Nabi Sulaiman a.s bertanya kepada seekor semut,
Berapakah rezekimu dlm setahun?

Semut menjawab,Sebutir biji gandum.

Maka Nabi Sulaiman a.s pun meletakkan semut itu kedalam sebuah botol,dan meletakannya bersama sebutir gandum serta menutup mulut botol itu.

Ketika genap satu tahun Nabi Sulaiman a.s membuka mulut botol dan ternyata semut hanya memakan setengah biji gandum. Berkatalah Nabi Sulaiman a.s, Mengapa tidak engkau makan setengah biji yang lain?

Semut pun menjawab,Kerana tawakkalku selalu kepada Allah, maka aku memakan sebutir biji. Sebab Allah tidak akan lupa kepada aku. Tetapi

tawakkalku sekarang kepadamu didalam botol ini, maka aku pun meninggalkan setengahnya. Aku berkata dalam hati,Jika Nabi Sulaiman lupa kepadaku dalam tahun ini, aku masih dapat makan setengah yang lain pada tahun

berikutnya.

Morale of the story: Allah memang sentiasa tidak pernah melupakan hamba-hambaNya, tapi kita yg selalu lalai dan melupakan Pencipta Kita …

Kite Selalu Bertanya.....

Kita selalu Bertanya....
dan Al-Quran sudah menjawabnya. .........

KITA BERTANYA :

KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA :
KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA :
KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. " - Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA :
KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB

"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA :
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). "

KITA BERTANYA :
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" - Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA :
APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ? - Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA :
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. " - Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA :
AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB

"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." - Surah Yusuf ayat 12