by bint_bakri87
1.05 a.m.
1.05 a.m.
Kita semua memang dah sedia maklum dengan istilah 'main kutu' ni. Bukannya kutu yang serangga tu,tapi istilah ni digunakan bagi satu kumpulan yang mengumpulkan sejumlah duit pada setiap bulan dan setiap orang akan dapat duit yang dikumpul ikut giliran masing-masing. Saya pun tak pasti kenapa istilah main kutu yang digunakan, mungkin ada sejarah disebalik nama ni. Kalau ada sesiapa yang rajin, bolehlah cari. Apa agaknya hukum main kutu ni ye?
Untuk mengetahui hukum main kutu ni, mula-mula kita kena kaji modus operandi main kutu ni dulu. Modus Operandi Main Kutu ni adalah seperti berikut :
- satu kumpulan dibentuk dengan bilangan ahli yang dipersetujui contohnya 6 orang
- setiap orang dikehendaki membayar sejumlah wang contohnya RM 30 setiap bulan
- tempoh matang ditentukan dan dipersetujui oleh semua ahli contohnya setahun.
- setiap ahli kumpulan akan memperolehi bahagian masing-masing yang ditentukan secara undian.
- Main Kutu dimulakan pada Januari 2009.
- Duit dikumpulkan dari setiap ahli : RM30 x 6 = RM 180
- Sebagai contoh, A mendapat giliran pertama, maka dia akan mendapat RM 180 pada bulan Januari dan ahli-ahli yang lain akan memperolehi duit masing-masing mengikut giliran.
Jawapannya, dalam Main Kutu ini tidak berlaku Riba kerana perbuatan seperti Main Kutu ini boleh dianalogikan sebagai Pinjaman.
Seperti mana yang kita ketahui, antara garis panduan dalam Pinjaman yang telah ditetapkan dalam Islam, bayaran semula pinjaman mestilah tidak melibatkan pembayaran semula dengan nilai yang lebih banyak dari kadar pinjaman.
Jadi ,Main Kutu tidak melibatkan sebarang lebihan pembayaran kerana semua ahli perlu membayar semula wang yang diperolehi dengan kadar yang sama. Maka, tidak berlaku Riba dalam Main Kutu. Menurut Kaedah Feqh, "Asal pada sesuatu adalah Harus, kecuali datang hukum yang mengharamkannya".
Ini sekadar pendapat dari diri yang mempunyai kekurangan dari sudut ilmu. Sekadar lontaran idea untuk semua pembaca membuka minda tentang urusan kewangan yang kita lakukan seharian. Jika ada sebarang pendapat bolehlah komen ye.. :)
No comments:
Post a Comment