Sunday 10 August 2008

Adakah Manusia Memerlukan Pujian?

by bint_bakri87

1.15 a.m.


"Pandainya anak ibu lukis ni ,esok lukis cantik-cantik lagi ye sayang…" Ini merupakan contoh pujian yang diberikan oleh seorang ibu kepada anaknya yang baru belajar melukis. Adakah salah perbuatan ibu ini? Jawapannya pastilah TIDAK. Ini kerana pujian si ibu ini merupakan peransang kepada si anak kecil untuk terus cuba melukis dan melukis lukisan yang lebih cantik pada hari yang berikutnya.




Begitulah manusia. Memerlukan pujian untuk mendapatkan semangat dan motivasi bagi memperbaiki apa sahaja yang dilakukannya pada masa yang akan datang. Pujian yang paling ringkas dari seorang majikan kepada pekerja yang baru memulakan kerja walaupun hanya mengatakan " Good try" pasti akan memberikan peransang kepada pekerja untuk mempamerkan hasil kerja yang lebih baik lagi. Bukankah ini membawa keuntungan kepada majikan itu sendiri?




Tetapi, pujian haruslah diberikan kepada yang layak menerimanya. Janganlah memberi pujian yang melampau sehingga menyebabkan si penerima pujian merasa ri'ak dan berada di "zon selesa". Diriwayatkan dalam sebuah hadis bermaksud: “Rasulullah SAW mendengar seorang lelaki memuji lelaki lain dan berlebih-lebih dalam pujiannya, maka Rasulullah berkata: ‘Kamu telah merosakkannya dan telah memotong belakangnya (seolah-olah)’.” ( Riwayat Al-Bukhari, no 2663 ). Imam Al-Khattabi ketika menghurai hadis di atas berkata: “Barang siapa memuji seseorang atas perbuatan baik yang dilakukannya dengan tujuan menggalakkan lagi kerja baiknya dan mendorong orang lain berbuat yang sama sepertinya, ia tidaklah termasuk dalam kategori ‘maddah’ iaitu yang pemuji terkeji.” (Ma’alim as-Sunan)[1]


Walaupun begitu, apa yang dilakukan oleh seseorang individu memerlukan kritikan supaya individu ini dapat membaiki kelemahan dan kesilapan yang dilakukan. Dalam kita mengkritik pula,kita perlu pandai bermain dengan emosi manusia supaya kritikan kita menjadi kritikan membina dan membantu bukan membantutkan usaha seseorang. Jika kita ingin megkritik, kita boleh memulakan kritikan dengan pujian yang sederhana sebelum mengkritik. Sebagai contoh, kita boleh katakan seperti ini, " Bagus tapi saya rasa, awak boleh baiki dan kemaskinikan lagi kertas kerja ini, saya nampak ada sedikit kesalahan di bahagian kewangan. Nah! Bukankah sedap jika kita mendengar kritikan seperti ini. Si pendengar pun tidak akan berasa sakit hati dan menerima kritikan dengan hati yang terbuka.




Teori memberi pujian yang sederhana dan kritikan yang membina sebenarnya boleh diaplikasikan dalam semua aspek kehidupan. Tidak kira suami isteri, ibu bapa dengan anaknya, majikan dan pekerjanya, guru dengan anak muridnya, sesama rakan mahupun siapa sahaja. Percayalah bahawa cara ini akan mendatangkan keharmonian di dalam setiap perhubungan. Jadi, mulalah belajar menghargai usaha orang lain. Selamat mencuba!



[1] http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Sunday/Ekspresi/20080629105132/Article/indexv_html

Saturday 9 August 2008

KISAH RUMPUT DAN ORANG YANG DISAYANGI

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini: Pelajar: Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan? Cikgu: Oh, awak nak tahu ke? Emmm…baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye…mungkin kamu akan dapat apa jawapannya. Pelajar: Baiklah…apa yang saya harus buat? Cikgu: Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas. Pelajar: Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut. Pelajar: Mana rumput yang cikgu suruh petik? Pelajar: Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik. Cikgu: Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

Kisah Semut......

kisah mengenai TAWAKKAL SEEKOR SEMUT KEPADA TUHANNYA....

Diriwayatkan bahawa Nabi Sulaiman a.s bertanya kepada seekor semut,
Berapakah rezekimu dlm setahun?

Semut menjawab,Sebutir biji gandum.

Maka Nabi Sulaiman a.s pun meletakkan semut itu kedalam sebuah botol,dan meletakannya bersama sebutir gandum serta menutup mulut botol itu.

Ketika genap satu tahun Nabi Sulaiman a.s membuka mulut botol dan ternyata semut hanya memakan setengah biji gandum. Berkatalah Nabi Sulaiman a.s, Mengapa tidak engkau makan setengah biji yang lain?

Semut pun menjawab,Kerana tawakkalku selalu kepada Allah, maka aku memakan sebutir biji. Sebab Allah tidak akan lupa kepada aku. Tetapi

tawakkalku sekarang kepadamu didalam botol ini, maka aku pun meninggalkan setengahnya. Aku berkata dalam hati,Jika Nabi Sulaiman lupa kepadaku dalam tahun ini, aku masih dapat makan setengah yang lain pada tahun

berikutnya.

Morale of the story: Allah memang sentiasa tidak pernah melupakan hamba-hambaNya, tapi kita yg selalu lalai dan melupakan Pencipta Kita …

Kite Selalu Bertanya.....

Kita selalu Bertanya....
dan Al-Quran sudah menjawabnya. .........

KITA BERTANYA :

KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA :
KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA :
KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. " - Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA :
KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB

"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA :
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). "

KITA BERTANYA :
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" - Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA :
APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ? - Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA :
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. " - Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA :
AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB

"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." - Surah Yusuf ayat 12