Wednesday, 4 November 2009

Kenangan Terindah...

Adui..rasanya lama sungguh jari ni tak menari-nari atas keyboard laptop untuk mencorat-coret kat sini sampai blog ni dapat anugerah ‘BLOG BERSAWANG’ .Terima kasih ye cik santun atas anugerah ni..hehe..
Sebut tentang anugerah, sebenarnya ni la topik utama yang nak dicoretkan disini. Actually, pada 31 Oktober baru-baru ni, saya terlibat dalam Majlis Konvokesyen Ke-9 Kolej Antarabangsa IKIP yang diadakan di Kompleks Yayasan Pahang. Walaupun menamatkan pengajian di Universiti Yarmouk, Jordan, namun Kolej IKIP tetap member penghargaan kepada graduan sulung dari program berkembar 2+2 hasil usahasama Kolej Antarabangsa IKIP dan Universiti Yarmouk untuk memeriahkan lagi majlis ini. Terima kasih yang tidak terhingga buat Kolej IKIP tidak lupa juga buat pihak penaja iaitu Yayasan Pahang.
Pada tahun ni, seramai lebih kurang 300 orang yang menyertai majlis konvokesyen daripada jumlah pelajar yang bergraduat iaitu hampir mencecah 800 orang. Jumlah ni termasuk pelajar Sarjana(M.A), Sarjana Muda (B.A), Diploma dan juga sijil dari Sijil Kemahiran Malaysia.
Apa yang bestnya , kemuncak majlis ni ialah penyampaian Anugerah Yayasan Pahang kepada 7 orang pelajar yang cemerlang dari 7 sekolah pengajian berbeza dan Anugerah Menteri Besar yang dipilih dari salah seorang penerima Anugerah Yayasan Pahang. Penerima Anugerah Yayasan Pahang menerima wang tunai sebanyak RM2000, Broadband Device langganan percuma selama setahun bernilai RM1115 tajaan Celcom, jam tangan, plak dan sijil. Manakala bagi Anugerah Menteri Besar, penerima menerima wang tunai sebanyak RM5000, Kamus Elektronik, plak dan sijil.
But the best part is, penerima anugerah Yayasan Pahang dari Universiti Yarmouk dimasukkan sebagai penerima anugerah pada saat-saat akhir. Agak-agaknya boleh teka kan siapa yang dapat tu..bak kata Nabil..lu pikir la sendiri..hehe..
So, nak la sampaikan ucapan macam artis-artis buat ucapan lepas dapat award tu kan..hehe.. terima kasih kepada ibu dan abah yang banyak memeberi dorongandan semangat, Yayasan Pahang selaku penaja, Kolej IKIP, pensyarah-pensyarah ICIS di Kampus Taman Pertanian, kawan-kawan seangkatan dan semua yang banyak membantu dan memberi sokongan .( tak dapat buat ucapan atas pentas bagi kat sini je la..hehe )
Yang lagi bestnya, lepas majlis tamat, penerima anugerah ditemuramah oleh wartawan media, wartawan ni sempat jugak tanya soalan cepumas..(apa soalannya tu rahsia la ye..hehe). Esoknya ada la berita keluar kat suratkhabar walaupun tak la besar sangat,janji ada jugak keluar kan..hehe..
Ada lagi yang best ni ( provoke nak suruh baca lagi..hehe), pada hari isnin bersamaan 2 november 2009, 3orang dari penerima anugerah dijemput menghadiri temuramah dai RTM Pahang,turut serta En.Airulamri bin Amran selaku Naib Presiden Akademik Kolej IKIP. Penerima anugerah yang dijemput ialah Sarala a/p Manohran iaitu penerima anugerah Yayasan Pahang dan Menteri Besar, Azizul bin Mohd. Saidi penerima Anugerah Yayasan Pahang bagi kategori sijil dan Khairunnisa binti Bakri (siapa la ni yek..hehe) juga penerima anugerah Yayasan Pahang. Tapi masa dah masuk dalam konti, Azizul bagitahu dia tak dapat datang sebab dia kena buat kek untuk majlis kahwin. Temuramah ni berlangsung selama setengah jam dari pukul 8.30-9.00 pagi dan disiarkan secara live kat Pahangfm.
Inilah cerita yang nak dikongsikan bersama pembaca, mungkin boleh dijadikan pembakar semangat atau sekadar berkongsi pengalaman manis yang mungkin akan dikenang dalam lipatan sejarah hidup.
Apa-apa pun, semuanya kurniaan dari Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang syukur Alhamdulillah..Kita sebagai manusia hanya berusaha yang terbaik . Bak kata pepatah arab “ من جد وجد, من زرع حصد " .

3 comments:

senyumm said...

tahniah!!!

ateh... said...

tahniah...semoga berjayan terus berjaya

De Wiam said...

bahkan mereka yang tidak pernah bertaruh dalam hal apa pun. Namun, Betfair dan Betdaq sama-sama menyajikan tutorial yang membantu pengguna baru menjadi terbiasa dengan situs web mereka. Setelah beberapa kunjungan, sebagian besar pengguna menjadi terbiasa dengan kesenjangan dengan
asikqq
dewaqq
sumoqq
interqq
hobiqq
rajawaliqq
http://192.254.236.33/interqq78/