Tuesday 24 November 2009

Money Laundring..apa tu???

by bint_bakri87
2.00 a.m



tiitt..tiitt..ada sms masuk kedalam inbox handphone sy..bila saya buka tertera sms dari nombor yang xdikenali: "tahniah,simkad anda telah memenangi cabutan RM17 000 dari Sykt. PowerRoot SDN.BHD. Sila hubungi pejabat PowerRoot 013-xxxxxxx"

saya dengan perasaan terkejut pon cuba la kontek nombor tu, mana la tau kan kalau rezeki dapat RM 17 000 boleh kahwin terus..haha..gurau je.. bila saya telefon dan minta pengesahan, pihak yang saya hubungi tu mengesahkan memang betul nombor saya dapat cabutan tu,cabutan dari simkad celcom,maxis dan digi.Selain saya, ada juga hadiah RM 10 000, RM5000. Kiranya saya ni menang besar la.huhu..tapi duit tu hanya akan dimasukkan dalam akaun bank. Kakak ipar, kak Syida keje kat bank Islam bagitau saya jangan bagi no akaun dan dia suruh saya tanya kalau syarikat tu boleh bayar melalui cek. Tapi orang yg jawab tu cakap syarikat cume akan bayar melalui akaun. Saya pun bagitau dia yang saya akan hubungi dia semula nanti.

Agak-agaknya apa saya nak buat kalau dapat RM 17 000 tu yek..best wooo.. huhu.. sebagai langkah berhati-hati,saya dan kak syida search no tel sebenar PowerRoot. Memandangkan hari tu hari ahad,saya tunggu esok la untuk dapatkan kepastian.

Jeng..jeng..jeng..hari isnin dah ni..saya pon telefon no tel yang sy cari ngan kak syida tu..trutt..trutt..sy pon pilih opsyen untuk bercakap dengan perkhidmatan pelanggan..bila saya tanya,operator tu cakap cabutan tu tak ada dan kalau ada dapat sms tu memang tipu je la.Saya pon rasa lega sebab saya tak bagi no akaun yang saya memang dah nak bagi mula-mulanya. Lurus jugak rupanya saya ni..huhu..

Lepas telefon Syarikat PowerRoot yang betul-betul ni baru saya terfikir..mesti orang ni nak buat money laundring atau cuci duit..apa tu? masukkan duit dalam mesin basuh ke?huhu..

Ok, money laundring ni sebenarnya, orang nak tumpang akaun bank kita untuk depositkan sejumlah duit dari sumber yang tak sah contohnya hasil rasuah atau penjualan dadah untuk elakkan dia dari disoal-siasat dan selamatkan diri dia dari tuduhan. Selalunya yang jadi mangsa money laundring ni suri rumah dan pelajar..

So,moral of the story, hati-hati la dan jangan mudah tertipu dengan apa-apa yang menggunakan modus operandi macam ni..Jangan percaya sangat kalau tiba-tiba orang nak bagi kita duit banyak, menang cabutan la,sebab kebanyakannya sekarang ni banyak yang tipu je..apa-apa pun siasat dulu ye kalau nak hidup kite selamat..no pain no gain...sekian saja bebelan untuk kali ini..zassss..

3 comments:

senyumm said...

wah..klu btl2 ni blh mntk blnja ketika cinta bertasbih..hehe..pape pn pasni kne hati2,kdg2 ade yg pakai nme petronas...manusia zmn skg mcm2 cara nk tipu..

AMIE COACHING CENTRE said...

So funny story you have shared here.I wait for your next stuff.
Quran

De Wiam said...

Sebenarnya ada sedikit kurva belajar yang terlibat dengan memanfaatkan pertukaran untuk orang-orang yang digunakan untuk menerapkan taruhan
asikqq
dewaqq
sumoqq
interqq
hobiqq
rajawaliqq
http://192.254.236.33/interqq78/